9/19/10

KETENANGAN

saya perlukan ketenangan jiwa...
saya menemukan ketenangan hanya bila bersama Bapa yang sempurna....
bila kembali ke dunia saya yg tidak sempurna..
banyak kekuathiran mula mengalir dalam aliran nafas..
benci pula begini..

dalam dunia yang tidak sempurna ini..
saya hanya akan tenang semasa bersama keluarga..
rasanya macam mahu tidur di atas paha mama selama yg saya mahu..
sampai semua kebimbangan saya pergi bersama udara yg terbuang..
macam gas Carbon Dioxide yg disingkirkan dari tubuh..

ya Bapa.., ambil la kekuathiran saya ini..
angkatlah dari bahu saya yang lemah..
bertimbun kerja yang perlu disiapkan..
saya tahu saya tidak boleh mengelak..
jadi saya mohon Bapa berikan saya hati yang gembira..
supaya saya dapat siapkan setiap kerja dengan hati yg terhibur..
maka kekuathiran akan hilang..dan bertukar menjadi kegembiraan..

bila rasa bersalah muncul d pintu hati..
ketenangan pun mulai bersembunyi...
jadi saya mahu minta maaf kepada yang
merasa sakit hati kerana saya..
jadi dengan cara ini, saya tidak perlu memanggil-manggil
ketenangan yang sedang bersembunyi entah di mana,
supaya pulang ke rumahnya di hati saya..
dia akan pulang sendiri..

saya mahu pulang ke rumah..sangat2 mahu pulang..
walaupun sekarang keadaan rumah berbeza..
bertambah penduduk rumah..
keselesaan pun pergi dari rumah..pergi tidak tahu kemana..
tapi perkara yang utama yang menjadi sebab saya mahu pulang bukan semata-mata rumah..
dimanapun..jika ada mami,bapa,kakak,abang,adik dan nenek..
saya tetap boleh terhibur dan gembira..

dan yang paling penting dan terutama...
Holly tetap ada di sisi saya..
juga Tuhan yang tercinta..
...sudahlah..saya masih gembira..hahahhaha..(ya betul tu..)