1/8/11

trauma!

tadi petang ada kemalangan depan mata saya..
lebih kurang 10 meter dari tempat saya berdiri.
kereta 'double-cabin' dengan motor.
pembonceng motor terpelanting lebih kurang 5 meter.
kereta sudah semestinya tidak apa2..
pembonceng motor tu balik-balik tengok saya sambil pegang tangan dia yang berdarah..
mungkin patah.
mungkin dia minta pertolongan dari saya.
saya panik.tidak tahu mahu berbuat apa.
seluruh badan bergegar dan jantung pun berdegup kencang.
pemandu kereta turun dan mendapatkan pembonceng motor yang sedang berteriak2 kesakitan.
saya rasa pemandu kereta tu lambat bertindak untuk menghantar orang yang sudah dilanggar itu ke hospital.
lepas tu saya terus jalan dan badan pun masih bergegar.

saya trauma!
masih boleh ingat dengan jelas muka pembonceng motor itu yang kesakitan.
mata yang mengharap untuk ditolong.(mungkin)..
atau wajah dia juga ada sedikit perasaan marah.
saya pun pernah alami situasi yang sama. dan kereta yang dilanggar adalah kereta bapa saya yang kami naiki.
tapi dalam kes saya, 'double cabin' dengan 'double cabin' yang berlanggar...
jadi tidak ada kecederaan yang teruk.
kepala saya ada lah benjol sikit.pandangan saya gelap sekejap semasa terhantuk dinding kereta.
kereta yang melanggar kami tu betul2 langgar bahagian dinding kereta, tempat dimana saya duduk.di tempat duduk belakang,tepi cermin.
kalo pintu kereta bapa saya tidak keras..saya tidak tahu apa yang akan jadi..
kalo boleh agak apa yang jadi pun,cakap dalam hati saja.
kalo itu terjadi,saya belum cukup persediaan lagi..masih perlu bertaubat..
sebab, kalo sudah bersedia dan sudah bertaubat..saya tidak takut lagi.
memang betul lah apa yang selalu disebut.kita tidak tahu bila perkara begini akan terjadi.
Syukur kepada Tuhan sebab Dia memegang dan memelihara saya dan keluarga saya.

kemalangan ni suma berlaku semasa salah satu pihak tu mahu masuk ke simpang.
nampaknya saya betul2 ada trauma dengan simpang 'T'..
saya mahu merancang ambil lesen kereta di masa hadapan..dan sudah semestinya saya mungkin akan berhadapan dengan masalah simpang 'T'.unwanted traumatic.

No comments:

Post a Comment